Cara-cara Guru-guru SMI Menghilangkan Tekanan Sepanjang PKP
Rempeyek Crunchy Siram oleh Puan Titiyaka
Resepi Ini resepi turun menurun nenek Pn Titiyaka di Johor. Resepi org Jawa Johor.
Bahan-bahannya:
1 kilo tepung beras (mesti cap kepala tiga gajah) Biji rempah 1 sudu,jintan kasar 1 sudu digoreng tanpa minyak. Telur dua biji, garam secukup rasa, perasa, bawang putih dikisar satu labu. Air kapur (1 sudu) untuk rangupkan rempeyek. Santan segar original (bukan kotak) 1 peket besar.
Cara cara:
Bancuhkan kesemua bahan dengan air hingga agak cair untuk disiram.Pastikan kuali dibasuh bersih bagi memastikan bancuhan tidak melekat.Tuang bancuhan tepi kuali.
Untuk rempeyek yg berbeza boleh dipelbagaikan dengan:
1) kacang tanah dan bilis
2) kacang hijau
3) kacang dal yang boleh dituang dalam bancuhan tadi.
Tanaman Pn Rasidah Ismail
Tanaman Pn Seri Ayu
Tanaman Ustaz Abdul Halim
Pn Ayzasuzana Waluyob – aktiviti memasak. Resipi yg dikongsi, Asam Pedas Ikan Bawal Emas.

Asam pedas:
2 ekor ikan bawal emas
Bahan tumis:
Cili kering 30 batang
7 biji bawang merah
2 biji bawang besar
Halia
Kunyit hidup
Serai 3 batang (sebatang kisar, 2 batang ketuk)
Semangkuk kecil air asam jawa
Daun kesum
Cara masak:
Kisar semua bahan tumis
Bila dh naik bau masukkan serai dan air asam jawa
Biarkan mendidih
Masukkan ikan dan daun kesum (lebih byk lebih sedap baunya)
Masukkan garam
Bila ikan masak matikan api dan siap
Bubur Lambuk Johor
Petua utk mendapatkan masakan yang sedap dari Pn Ayzasuzana – masak dengan penuh kasih sayang 😍
Bercucuk tanam – pokok cili, daun selasih, daun kari, sayur manis, pokok melur, daun inai, daun pudina
Memasak – teh herba, burger carrot, cucur adabi, maruku, sup
Aktiviti sihat – bersenam, mencuci rumah, mencuci kereta, bermain karom, bertukang, membaca ungkapan motivasi Bahasa Tamil
Tanaman – pokok cili padi, daun limau purut, daun kesom & bayam brazil.
Masakan – pulut panggang Terengganu
Nama makanan: Pulut Panggang Terengganu
Bahan-Bahan
1/2 kg beras pulut
1 cawan santan
Sedikit garam
Inti
1/2 kg ikan sardin/ ikan selayang (direbus, ambil isinya)
1 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang merah (dihiris)
Sedikit halba
1/2 cawan santan
Garam, gula dan perasa
Cara memasak
- Pulut dikukus hingga masak
- Setelah pulut siap dikukus, gaulkan dengan santan pekat yang dicampur sedikit garam.
- Selepas itu, kukus sekejap selama 7 minit. Dah siap.
Cara penyediaan inti.
- Ikan direbus, asingkan tulang dengan isi.
- Sediakan kuali, masukkan isi ikan, santan, halia, bawang merah, halba, garam, gula dan masak sehingga kering.
- Biarkan sejuk, siap.
Cara Membungkus.
- Sediakan daun pisang
- Ambil sedikit pulut letak atas daun pisang.
- Letak inti ikan. Balut dengan daun pisang.
- Setelah siap, susun di atas pemanggang.
- Sapukan sedikit minyak masak pada daun pisang dan boleh dibakar menggunakan arang atau bakar cara moden.
Selamat mencuba 😊
Aktiviti menanam – sawi & bayam hidroponik serta pokok gajus.
Aktiviti memasak – roti puri

Bahan pastri:
450gm tepung gandum – diayak
250gm mentega
1 biji telur gred B
2 sudu besar air
2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam halus
Inti:
5 ketul sosej
200gm keju cheddar
1 biji bawang besar
200ml susu segar
2 biji telur gred B
Garam&serbuk lada sulah secukupnya
Cara membuat:
Pastri: Satukan mentega,gula dan garam. Putar hingga kembang. Masukkan telur dan air. Putar lagi hingga sebati. Akhir sekali masukkan tepung gandum. Putar kelajuan perlahan hingga menjadi doh.
Canai doh dan letakkan dalam acuan pai dan bakar pada suhu 180°c selama 20 minit. Sebelum dibakar,cucukkan doh dengan garfu untuk mengelakkan ia menggelembung.
Letakkan sosej dan bawang besar dalam kulit pai. Tabur dengan keju cheddar.
Sementara itu,satukan susu,garam,lada sulah dan telur dalam sebuah bekas. Kacau rata dan tuangkan atas inti tadi. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit lagi hingga kekuningan.
Selamat mencuba!!
Oleh Pn Fairul Faqhizanizah binti Amir Hassan

Tembikai, kangkung, bendi, kari, limau kasturi & daun pandan.